Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/ Puan Kakitangan NIOSH,

Bahagian Sumber Manusia (HRD) dan Bahagian Teknologi Maklumat (ITD) telah menyediakan pautan Kaji Selidik Bekerja Dari Rumah (BDR) di Intranet NIOSH.

Sebagai makluman, kaji selidik ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan kakitangan NIOSH berkenaan kesesuaian dan keberkesanan Bekerja Dari Rumah (BDR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maklum balas kaji selidik ini diharap dapat membantu Bahagian Sumber Manusia (HRD) untuk membuat pengubahsuaian terhadap cara kerja kakitangan NIOSH di luar pejabat.

Berikut adalah butiran kaji selidik :

Tempoh Kaji Selidik : 11 hingga 17 Mei 2021 (Selasa – Isnin)
Pautan : http://bit.ly/nioshbdr

Sehubungan itu, dipohon tuan/ puan untuk menjawab Kaji Selidik Bekerja Dari Rumah ini mengikut tempoh waktu yang telah disediakan.
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Bahagian Sumber Manusia (HRD) di talian 03-8911 3862.

Sekian, terima kasih.